Stories of the week.

Image result for coffee tumblr
"Keep smiling and sharing the good vibes!"
 Hai kawan-kawan.
Dah 15 hari aku tinggalkan blog. Tak ada masa lah awak nak post. This week is hectic week. Mehhh. Dengan project lagi tak siap. Anyway, wish us all the best for presentation. Hihi. Baru lepas presentation bi. alhamdulilah lecturer suka slide. Huhuhu. Masa presentation bi, group aku belum start lagi tapi slide tu dah tunjuk thank you. Okay member aku cakap not thank you yet. Then, kawan aku terdengar satu suara "macam tu je presentation". Kawan aku pun ceritalah dekat group aku. Terbakor aku dengar. Group aku belum start lagi, kau diam diam sudahlah. Sekali tu aku terus anti dengan dia. Dia buka aku annoyed dengan dia. Lepas ni siapa lagi nak buat aku menyampah dengan perangai yang tak semena-mena ni? Lepastu lecturer aku suka je presentation kitaorg. Sujud syukur. Ada makhluk ni nak cover malu dan berborak dengan group member aku. Aku tak tahulah apa dorang bincang. Rupanya dia tak buat slide untuk treasure hunt library. Gelabah lah tu hmmm. Sampai cakap "macam tu je presentation". dengan muka kereknya.

Semalam, my class rep ada inform suruh ambil dart dekat lobi kolej. You know what happened? Mereka sangat annoying. You as a class rep should know lah waktu nak bagi dart dekat setiap group. Kau bagitahu lah dari pukul 9:15 sampai 10. Yang kau bijak sangat sampai tunggu semua ambil kenapa? Ada group bukan semua free macam engkau. Semua busy termasuk group aku. Sepatutnya kau cakap sampai pukul 10, korang akan beredar. Aku tak tahulah korang ni bebal ke apa. Macam mana aku tak cakap bebal. Lepastu nak meroyan dalam group cakap ada 3 groups tak ambil lagi dart. Kalau dorang dah tak ambil tu, dah tak reti balik rumah ke kak? Tak kan tu pun nak kena ajar. Sampai sanggup tunggu bagai.

Then siap cakap lagi "janganlah buat kitaorang tunggu macam orang bodoh, bagitahu lah kalau tak boleh ambil." Kau expected semua baca ke ws tu time busy? Gunakanlah akal fikiran itu dengan sebaiknya. Lagi terbakor aku dapat tahu one of my member group tu satu housemate dengan dorang. And dorang mention group aku tak ambil lagi. Dah tu tak reti ke nak bagi dart tu dekat housemate kau? Apa yang busuk hati sangat? Padahal member group tu satu rumah kot. Then nak meroyan. Pelik.

Member group aku tu tak tahu sebab tak baca chat group ws. Aku pun sakit hati lah selamba badak nak salahkan group lain tak ambil. Lepastu adalah yang back up mak cik-mak cik yang meroyan ni suruh kitaorang turun bawah lah before kena santau semua. Entah pape. Nak santau-santau. Kau ingat kelakar lah? Aku terus hunus pisau je. Senang cerita. Hahahaha maaf member emosi jap. Makcik-makcik ni pula rasa bangga sebab ada yang back up. Lepastu siap panaskan lagi conversation tu dengan "Sapot lagi, sapot" (support)

Aku tak layan pun dorang. Semua sampah perangai. Entahlah aku tengok macam tak pernah jadi ketua. Baik kau letak jawatan tu. Bagi orang lain. Nak jadi ketua, buat cara jadi ketua. Malam tu aku dengan group project aku cakap pasal perempuan emosi tu dekat ws. Ada member suruh turun ambil, aku rasa dorang dah balik bilik. Tup tup member aku yang satu housemate dengan perempuan emosi tu balas ws yang dia dah ambil. Haaa elok je boleh bagi. Tak payah nak turun-turun. Apa kedehal sanggup suruh orang lain ambil.

Pagi tadi, kebetulan aku satu kelas math dengan member group aku. Dorang sampai kelas and lecturer belum sampai. Dorang start tanya pasal project dengan perempuan durjana tu. Kitaorang semua sekepala tak setuju dengan cara dorang. Rancak jugalah borak. Aku yang pendiam ni pun terbabit meluahkan perasaan. Dari situlah aku tahu siapa perempuan emosi tu. Member yang satu housemate dengan dia ni pun cakap "aku satu housemate dengan dia, kitaorang satu poli kot dan pernah satu kelas. Takkanlah tak kenal." Dari situ aku dah agak dah memang saja lah tu nak cari pasal. Member satu housemate dengan perempuan emosi tu namanya farah dan bf dia farez. Kebetulan mereka berdua ni satu group project. Lepastu si farez ni pun cakap benda sama "Kau kenalkan (nama dirahsiakan)?" "Aku cakap kenallah, sebab pernah nampak muka dia." Farez ni pun cakap "Dia ni satu poli dengan kitaorang tau dan pernah satu kelas." Aku pun tanyalah "asal perangai macam tu?" Farah pun jawablah dia pun tak tahu kenapa dorang jadi macam tu.

Aku pun tanyalah farah macam mana kau ambil dart tu yela sebab dia satu housemate kan. Makcik makcik tu bagi dan diam je. Farah tu tanyalah kenapa tak bagi dia, dorang tak jawab. Sakainyalahai. Rancak jugalah berborak sampai bincang malam ni nak buat project. Semangat.

Aku tak sedar pun masa tengah berborak. Classmate maths yang lain pun tengah berborak juga tapi dorang pun terpandang-pandang kitaorang. Ni aku tak perasan tapi kawan aku nampak. Mereka kelihatan seperti curious dan excited nak tahu. Cuma tak beranilah dorang nak tetiba berborak. Just pandang-pandang. Aku pun perasan lah juga kejap-kejap tapi aku buat don't know je. Aku masih tak puas hati lagi dengan perempuansss yang emosi tak memasal. Nampak dekat luar macam baik. Macamlah. Malu ah perangai macam ni. Dahlah dah tua hahahahah. Okay jahatkan? Ah kisah apa aku.

Jadi ketua biar ikhlas and nak bagi barang pun kena ikhlas. Kalau macam tu tak payah pikul tanggungjawab. Kalau rasa terbeban, jangan volunteer awal-awal. Niat tu penting. Kalau setakat nak jadi femes ketua hmmm. Tenggelam dalam laut sanalah. Baguslah rasa diri tu tunggu macam orang bodoh. Siapa suruh tak set masa untuk ambil dart tu. Macam tak biasa. Kau boleh bagi hari ada kelas sama. Settle. Tak payah nak meroyan macam tak ada laki dalam group.

Berkat

Image result for bless tumblr
"Siapa yang nak ilmu sekarang."
Assalamualaikum.
Hai korang, lama bebenor aku tak update entry baru. My life is busy right now lah. Biasalah student busy dengan project/assignment. Alhamdulilah pada tengah hari ni aku dapat spend time nak menaip. Banyak tau aku nak share tapi aku share mana yang mampu je lah. Pagi tadi ada kelas math. Sesungguhnya aku suka math. Tak tahu kenapa. Bila belajar math,aku mesti teringat lecturer yang ajar aku dekat matriks. Aku rindu betul dengan lecturer sana. Aku harap dorang baik-baik je. Aku punya tajuk ni mesti ada kaitan dengan berkat. Berkat tu paling penting bila kita sesuatu kan. Alhamdulilah, aku dah lepas test. Tinggal subjek OSH tu pun petang ni. Hmm barai.

Okay, lecturer math aku peliklah ada yang salah tulis nama dia. Kalau beza sikit tak ada masalah. Ni jauh gila dengan nama dia. Contoh nama kau, Khaizuran. Then student kau letak nama kau Kismis. Hahahah contohlah. Tak ke jauh. Aku tahu lecturer tu mesti kecil hati. Kalau aku dekat tempat dia pun rasa sedih. Betul apa lecturer tu cakap. Student tak teliti.

Yes, I agreed with him. Aku perasan juga classmate aku ni. Hormatlah lecturer tu even dia explain tak faham sekali pun. Bagi attention sepenuhnya. Janganlah berborak, buat hal lain. Biarlah kau mengantuk tahap apa pun. Yang penting dengar apa yang nak disampaikan. Ada juga yang datang lambat. Hmm.Kadang-kadang aku tengok lecturer math aku tu macam cakap sorang-sorang. Tak apa lecturer, saya ada sentiasa dengar.

Yela, yang nak ilmu tu student macam aku ni. Macam mana nak ada berkat belajar kalau kita pun tak ada sifat hormat dengan pensyarah. Hmm. Memang pensyarah aku ni tak adanya nak marah-marah pun. Tapi jangan disebabkan sifat dia yang tak ada marah tu, kita boleh sesuka hati nak pijak kepala. Aku tak adanya nak berselindung, benda betul aku bagitahu. Bila kau dengar apa yang pensyarah tu sampaikan, InshaAllah ada hikmah weh. Aku dah dapat rasakan hikmah itu sekarang dengan apa yang aku belajar dekat matriks. Okay tu je idea aku yang datang. Lain hari lain topik. Byeee.