Story in JMC P1

22:27 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for mountains and trees tumblr
What a beautiful landscape!
Semalam aku ada janji nak buat cerita dekat kmj. Aku cerita semasa mula-mula aku masuk untuk kali pertama dalam kmj. Memang perasaan nak tinggalkan rumah tu sedih teruk sebab sebelum ni aku tak pernah duduk asrama. Jadi bila dah masuk matrik kena survive. Semuanya sendiri. Aku pilih matriks sebab aku tahu tu jalan terbaik untuk aku. Ya, memang aku dapat tawaran uni tapi hatiku pilih matriks. Bayangkan perasaan yang bercampur-baur masa otw ke Tangkak. Aku dengan perasaan semangat nak sambung belajar. haha. Setelah sampai di KMJ, sebelum masuk, adalah beberapa orang(fasi) jaga dekat luar, mungkin untuk guide pergi mana bila dah masuk kmj. Mula-mula tu memang gembira bila dapat tahu satu roomate dengan classmate. Itu hanya pandangan permulaan sahaja. Masa pendaftaran, IC aku tertinggal dalam kereta. Tetiba pensyarah tu nak, aku memang cuak habis dengan muka tak bersalah, "Kad pengenalan dalam kereta." Cikgu tu pun bincang dan boleh diterima. Alhamdulilah. Bila aku teringat balik, baru aku tahu dia yang ajar aku fizik dalam kuliah. haha. Aku cuba ramah dengan orang sebelah, sebab rasa krik krik sangat. Aku tanya dia bilik mana, blabla. Pendaftaran semua buat sendiri. Tak ada mak ayah temankan. Diorang pergi kafe ke duduk lepak luar ke. hoho. Bayangkan aku dahlah sorang-sorang. hmm. Masa tu cuba tenangkan diri ni. Selepas dah selesai urusan, masa untuk ambil t-shirt kmj dengan tangkap gambar untuk kad matriks. Aku dapat baju saiz M. Tapi baju tu aku dah tukar dengan roomate dapat saiz L. hahah sebab aku rasa okay je saiz L. tapi roomate aku annoying, dah tukar nak tukar balik. Eh siapa suruh tukar dengan aku. Haa pakai saiz M aku tu. Takkan kau nak bau ketiak aku kot. hahahah. Itulah sebelum tukar kena fikir masak-masak. Jangan rakus! amaran keras. hahaha.


Mak dengan abah aku tolong kemaskan bilik aku. Aku dapat kunci A and I think I am the last person yang ambil kunci. Yang lain dah masuk, tinggal aku sorang je baru naik. Bayangkan tingkat 3. hmm tinggi duh. Aku tak dapat bayangkan bila dah habis sem 2 nanti, barang-barang tu nak bawa bawah. Aku tak galakkan ayah aku angkat beg. Terlalu bahaya. So biar aku yang bawa. I akak sado. kuikui. Dalam pukul satu lebih tu, lepas makan tengahhari dengan family. Lepastu solat dekat masjid kmj. Memang rasa hiba nak terpisah dengan fam. :'( Lepastu aku terjumpa lydia. Suruh dia tangkapkan gambar kitaorg semua. Memang sedih sangattttt T_T. Fam aku pun baliklah dalam pukul 2 macam tu sebab pukul 4 untuk pendaftaran lelaki pula. Aku pun naiklah bilik aku tu, kemas apa yang patut. Masa tu rasa nak balik rumah. Hmm. Masa tu internet kmj tak ada lagi. Habis krik krik aku malam tu. Phone aku tak boleh guna data masa tu. Dugaan weh. Petang tu semua kena kumpul untuk tahu praktikum apa. Aku pun tak tahu aku ni modul satu ke, modul dua atau modul 3. Aku pun tengoklah dengan roomate aku yang satu kelas, yela sebab dia je kawan yang aku kenal. Sesak gila nak tengok nama dalam prak mana. Tengok-tengok aku dapat modul 1 prak 17. Tinggal roomate aku yang tak jumpa namanya. Aku tunggu je la dia cari. Dia dapat MS prak 4. So kitaorang berpecahlah. Aku pun duduklah barisan prak aku. Awkward nyaaaa. semua tak kenal. Aku pula kena duduk sebelah lelaki. uhuk uhukkk. Nasib baik dorang suruh ke depan, yezz, dapat duduk jauh dari lelaki. kah kah.


Masa minggu MPPB, prak aku disuruh buat bulatan besar, nak berkenalan. Aku dapat akak fasi cantik. ahakss. Namanya akak dira. Memang awkward wehhhh. Dia pandang dia, dia pandang dia. Bermula sesi ice breaking dari lelaki. Dari situ, aku mula kenal Asyraf, Danish, Aiman Zharfan, Sharie, Amirul (kapling), Laksmanraj, Afiq Kahar. Yang perempuan, Zakiah, Zahira, Emi, Salwani, jia, Farraizzylina, Farrah, Syuhada, Pip, Fish, Hiu Jia, Syikin, Syarena. Ramai lagi. Maaf kalau aku tak mention. Gembira dapat kenal korang.Tak sampai 2 minggu, kita semua terpisah sebab hampir semua nak tukar modul. Lagi-lagi modul 2. Sedih tu tak tahu nak cakap macam mana. Sebelum terpisah, minggu asimilasi masa bio, aku satu kumpulan dengan pip,afiq,amirul(kapling). Kitaorang satu kelas buat makanan menggunakan nama saintifik. Unik betul program ni. Kitaorang buat Chicken kurinaya. hahaha. Aku main search je bahasa rusia, chicken chop sebenarnya. >_< Ada promosi tau, beli  satu percuma dua. Masa tu group lain juga present makanan dorang. Paling kelako, makanan disediakan, air tak, Kalau tercekik orang tu, aku tak tahu nak cakap apa. Waktu bi, dengan madam amutha, dia memang best. Kitaorang kena nyanyi lagi Celion Dion. Tak ingat tajuknya. Seronok teruk. hahaha. Lepastu kitaorang terpisah, kecuali laksmanraj. Dia kena tunggu beberapa hari untuk approved permohonan pertukaran modul. Aku tak tukar, aku stay je. Jadi aku tengok orang baru masuk. Okay tu aku cerita part lain. Walauapapun, prak 17 aku tak akan lupakan. Dekat situ jugalah, azam aku bermula dan tak pernah patah.

0 comments: