Story in JMC P2

10:11 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for violin tumblr
Jaga diri sendiri. Sudah.
Sambungannya dari Part 1. SILA BACA 
Sebelum kelas terpisah, kitaorang dapat cikgu ko-k, cikgu yusof. Memang dah rasa seronoklah. Awalnya cikgu nak kitaorang kawad. Oh tidak, saya tak mahu. Saya nak bola tampar. kahkah. Memang kelas dah confirm nak bola tampar. Kalau kelas ko-k petang, jawabnya terpaksa ambil kawad. Kemudian dapat tahu, kitaorang kena tukar cikgu ko-k. Tukar cikgu ko-k ni selepas kelas terpisah. Memang hampa gila sebab aku dah berkobar nak bola tampar. Redha je la kena tukar dengan cikgu. Dapat cikgu perempuan, tak ingat namanya. Dia ajar boria. hahah aku dah lah tak tahu boria tu. yang pasti kena nyanyi dan menari. Semua jumpa dalam dewan sri ledang. Memang semua redha sangat. hahahaha. Aku cuba adapt dengan kawan yang baru masuk, ada second intake. Masa tu rasa dah okay dengan kelas. Memang semua dah dirancang dengan baik, cikgu pun dah aturkan kelas, group. Lepastu naik cuti. Kelas dirombak lagi. Gila tak sedih. Aku dah satu lab dengan squid,fish and danial. Sikit lagi dah nak jadi bff dengan diorang. Walaupun 2 minggu je kenal weh. Patah hati weh kena tukar kelas lagi. Macam banyak masa je tukar-tukar. hahahha. Aku menung je la, semua pun cakaplah bye dengan penuh sedih. Aku pun tengok list nama kelas baru aku. Sebelum tu aku dapat tangkap file list nama tu bertulis "Rombakan maut." Hmm thumbs up. Menarik tajuknya. Aku pun scroll, terlalu panjang dan aku ambil cara pendek search nama aku je lerr. Aku dapat Kuliah 4 Ms32.

Paling aku takleh terima aku sama kelas dengan roomate aku. Aku yakin korang mesti cakap untungnya, bestnya. Itu semua di mata kalian. Bukan aku. Masa tu aku memang terbakor je dapat satu kelas dengannya. Dalam banyak-banyak rombakan maut tu, macam mana aku boleh satu kelas dengan orang yang aku agak kureng dengan dia tu. Nak tahu kenapa dorang cakap untung? Pertama, aku satu kelas dengan dia masa form 4 & 5. Aku bukan rapat dengan dia. Kedua, aku satu bilik dengan dia. Ketiga, aku satu kelas dengan dia. Bagi dia, dia sangat happy. Aku tak! Takkkk! Masa tu hati aku nak praktikum lama. Aku tak boleh terima prak baru. Aku cerita dekat mak aku semua itu ini. Mak aku pun cakap kenapa asyik tukar-tukar kelas. Aku rasa nak minimize kan pelajar dalam satu kelas lah kot. Masa tu terfikir nak cari kawan baru lagi, berkenalan lagi, memperkenalkan diri dekat depan lagi. hahaha berlumut mulut saya memperkenalkan diri. hahahha.

0 comments: