Story in JMC P3

16:29 Maisarah Mimo 0 Comments

Image result for archery tumblr
Wanna try this!
Sambungan Part 2
Bermulalah aku masuk kelas baru Ms32. Aku tengok list nama tu memang aku tak kenal pun. Jadi aku terpaksa pergi dengan roomate aku tu. Sebab dia je yang aku kenal. Kebetulan, kitaorang jumpa untuk pertama kali jatuh hari Isnin. Hari Isnin punya jadual memang ko-k. So ahad punya kelas tak dok sebab cuti. Jangan pelik, kalau johor kelas bermula pada hari Ahad :) Semua kena kumpul dekat gelanggang squash. Hapak ah, aku perati semua dari belakang, memang tak nampak muka. Bila semua dah duduk dekat tempat penonton untuk tengok squash tu, aku masih tak dapat tengok wajah jelita mereka. Aku cuma perasan tudung dan orang yang duduk sebelah aku je. Dari situ aku kenal Izzah, Damiea, Tarani dan tentulah dengan roomate aku -_- Ha diorang yang duduk sebaris dengan aku. Paling syok yang duduk sebaris aku semua dari Selangor. Eh bangga sikit anak selangor. hahahah. Duduk dekat-dekat pulak. Shah Alam dengan Puchong. lol. Lelaki masa tu aku tak berapa cam.Aku cuma kenal Yo sebab dia memang sama kelas dengan aku masa prak 17(prak lama sobs sobs). Lepastu cikgu yusof(cikgu ko-k) suruh pilih ketua pengerusi dengan penolong untuk subjek ko-k. Aku memang tak kuasa nak pegang jawatan tu. So, aku diam. Diorang pun pilih lelaki, jadilah keluar seorang jejaka. Ingat apa yang aku cerita ni semua first sight! Jadi lain dibandingkan aku dah kenal dorang sekarang! okay? Aku flashback.

Jejaka tu keluar, aku panggil jejaka sebab aku tak tahu namanya. Aku memang mati-mati ingat dia cina. Dia pun memperkenalkan dirinya dengan namanya, Yann Ng. Memang sah aku rasa dia cina. Sekali tu dia cakap dia Islam. Aku macam terkejut beruk, hahhaha. Aku tak pernah jumpa orang macam ni. Aku rasa aku duduk dalam dunia apa. lol. Okay teruskan, mula-mula tu aku bengka je dengan dia ni. Dia agresif sangat. Excited sangat, aku macam "kenapa aku ditempatkan kelas niiii?". Lepastu, aku pun tak ingat aku undi siapa. Dia lah pemenang yang aku pasti. Kelas kitaorang asalnya nak badminton, aku sahut tukar! hahaha aku nak bola tampar, wuuuu ada yang sokong. Come on lah, aku tak nak stop dari form 5 main bola tampar, rasa macam tak feeling. Lagipun badminton, bila-bila boleh main, hikhik. Untuk penolong, Sya lah yang pegang jawatan tu. Adhwa pegang jawatan setiausaha. Yang lain aku tak ingat. Sekali cikgu kata, semua kena ada jawatan. Aku macam "Ha? jawatan apa lagi yang ada?" Kebingungan masa tu. Sekali ada AJK Keselamatan, aku pun ambillah dengan rela hati dan aku yakin ada sumbangan markah Ko-k. hikhik. Roomate aku nak juga ajk keselamatan. erkk. Tugas aku tak susah pun, bila nak main bola tampar kena ambil first aid kit dekat bilik ko-k. Itu saja :)


0 comments: